Saturday, April 30, 2011

= . =

Hari ni , aku down. Sebab ? Aku mencari si dia di pagi subuh  yang baru menjelma. 
Bersama rakan aku yang senang dengan senyuman . Aku menemani hingga ke pagi fajar. Di saat kelas bermula , aku tidak tahu keberadaan si dia. Namun, selepas kelas. Kegembiraan melanda pabila suaranya menghiasi gegendang telinga. Senyuman aku makin menggila. ^__^


Satu hari ni, asyik dia yang mengacau minda. Apakah sebenarnya ? Entahlah. Aku serius ingin berdamai. Teramat rindu kepada persahabatan aku, bukan kasih yang entah penghujung itu.
Semakin ramai pula yang perasan tentang kegembiraan yang melanda aku. Obvious sangat ke ?


Ahh , aku tidak mahu mereka tahu. Segan, aku jenis kasar dan menyukai seseorang yang tinggi profile macam tu , aduh susah la kes aku. Rakan -rakan menolak, menyuruh aku "man-up" pergi cakap dengan si dia. Sebelum ni, aku tidak yakin. Namun aku makin berani.


Mungkin juga, satu hari tak lama dari sekarang aku akan "man-up" dan bercakap dengan dia. Yaa , aku ingin melupakan segala yang berlaku. Barang yang lepas tak usah diungkit. Aku mahu  bercakap dengan dia, just give me time.


You make me smile , again and again. That smile , I hope for it to never fade. =)





No comments:

Post a Comment

Search This Blog